Penerangan Mengenai Kota Kinabalu Condo Homestay
Jika anda mencari penginapan untuk disewa dengan harga yang berpatutan dan selesa di lokasi yang menarik di Kota Kinabalu, ‘Nur Taqiy Homestay’lah tempatnya.
Terletak di pusat membeli-belah yang terbesar di Sabah iaitu 1 Borneo Hypermall. Ia berada di tower B tingkat 9 dengan keluasan 900 kaki persegi sesuai untuk anda yang datang bercuti bersama keluarga, urusan perniagaan atau persekolahan dan juga untuk bermain golf. Kondo ini masih baru, korner dan mempunyai balkoni dengan pemandangan bukit-bukau yang mengasyikkan yang pasti membuat anda tenang menginap di sini.
Mempunyai 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Ruang tamu dilengkapi dengan sofa , lcd tv 32” dengan program ASTRO (sukan & kartun), dvd, penghawa dingin dan juga kipas syilling. Ruang tamu tampak luas dan terang kerana kami menggunakan konsep minimalis yang mana tidak banyak menggunakan perabut.
Di bawah balkoni anda dapat melihat gym dan kolam renang yang besar yang seakan-akan mengamit anda untuk berenang. Dari kiri dan kanan balkoni pula anda akan dapat melihat kampus UMS, perkampungan, deretan kedai alamesra dan juga bukit bukau menghijau di sekelilingnya yang mewujudkan suasana segar dengan unsur alam semulajadi.
Di sebelah ruang tamu, ada 2 buah bilik tidur yang dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas syiling dan almari pakaian, meja solek, katil dan tilam jenis ‘queen’, tilam ‘super single’, bantal dan juga selimut. Di setiap bilik mempunyai bilik airnya sendiri yang dilengkapi dengan pemanas air dan cermin. Dari tingkap setiap bilik tidur dan bilik air anda boleh lihat bukit-bukau yang dikelilingi rimbunan pohon hijau menyuntik kesegaran dan ketenangan.
Ruang dapur yang terletak di sebelah pintu masuk di lengkapi dengan kabinet dapur dan semua jenis keperluan dapur seperti peti sejuk, gas, dapur, penyedut asap (hood), microwave, penapis air, periuk belanga dan pinggan mangkuk dan juga dilengkapi dengan meja makan untuk 4 orang.
Untuk kemudahan anda juga, kami menyediakan mesin basuh, seterika dan pelapik seterika ,sejadah dan arah kiblat. Kami juga menyediakan 1 tempat parking percuma dan juga rangkaian internet WIFI secara percuma. Anda hanya perlu membawa laptop sahaja.