tower B, 1borneo, kota kinabalu, Sabah, Malaysia.
++60198811974
++60198811974
PENERANGAN LOKASI 1 Borneo (1B) Hypermall adalah pusat membeli belah yang terbesar di Borneo yang terletak di tengah kawasan Sabah yang sedang membangun dan dikelilingi oleh Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (Mini Putrajaya), Univesiti Malaysia Sabah (UMS), Alamesra, UITM dan juga Hospital Likas.
Kesemuanya ada di 1B, Kedai membeli-belah, restoran, panggung wayang, spa & pusat kecantikan, pusat bowling, bank dan lain-lain. Ianya hanya 7km dari pusat Bandar Kota Kinabalu yang mana sepanjang jalan dari pusat Bandar anda akan dapat melihat pulau-pulau dan laut biru yang terbentang luas di Teluk Likas dan deretan bukit bukau yang menghijau. Kawasannya tenang, damai dan jauh dari hiruk pikuk.
Kemudahan awam juga senang untuk didapati dari sini iaitu teksi dan bas. Malah ada ‘shuttle bas’ yang berulang alik dari pusat Bandar (Warisan Square) ke 1B pada waktu tertentu dengan percuma.